Wednesday, 24 January 2018

Cerita Saya

Saya berasal dari keluarga yang susah tapi syukur kerana keluarga mementingkan education buat saya sebagai anak bungsu kerana adik beradik yang lain hanya sampai Sijil, SPM dan ade yang hanya sampai darjah 6.

Menitik air mata saya melihat nota2 buku seorang abang kandung yang begitu kemas tulisan buku sekolah beliau tapi hanya mampu bersekolah sampai darjah 6 sebab ketika itu mak hanya seorang ibu tunggal yang membesarkan  7+1 orang adik beradik termasuk seorang sepupu yang juga dari family yang susah di bawa tinggal bersama family kami di Pahang kerana kesempitan hidup di Kelantan.

Walhal mereka bertigalah yang banyak berjasa kepada kami satu family. Tarik rotan, menoreh getah, kerja berpanas itu perkara biasa buat mereka dan ibu saya.

Dari sejak berumur 17 tahun saya di bawa ke Kuantan untuk bekerja mencari pengalaman di tempat orang dan tinggal dengan abang kedua, sempat bekerja sebagai cashier dan promoter.

Pengalaman menjadi promoter barangan eletronik sangat2 mencabar dan banyak mengajar saya menjadi seorang yang kretif dan rajin dalam bidang jualan.

Apabila cuti semester tamat, saya berhenti sehingga lah mendapat tawaran bekerja di hotel. Namun, bekerja di hotel tidak lah begitu indah seperti yang di sangkakan, setiap hari bekerja dari pukul 7am sehingga 11malam kerana terpaksa OT.

Lompat kerja ke beberapa hotel kerana tidak tahan berkerja pagi sampai malam dan hanya cuti sehari seminggu. Namun, syukur kerana saya berkesempatan mengumpul pengalaman di setiap tempat kerja.

It's not only about the work but it is also about people around us. Their behavior, their reaction and etc. I learned a lot from it.

Setelah beberapa tahun bekerja di bahagian travel agent apabila tidak lagi memilih hotel sebagai 'periuk nasi'. Dengan pengalaman yang ade, saya di letakkan di bahagian Customer Satisfaction dengan erti kata lain... Tempat untuk orang refer jika ade customer yang ingin menyaman company kami. Stress jangan cerita. Salah seorang rajan sekerja yang berusia 25 tahun di hospitalized kerana tekanan kerja yang begitu tinggi.

Tengok diri sendiri, tanya diri... sampai bila akan berkerja sebegini dan apa nasib saya 2-3 tahun akan datang. Company yang besar dan tidak heran untuk menutup bisnes di Malaysia dalam hanya sehari sahaja. Berfikir lagi, nanti kalau company tutup.. Mana nak cari makan lagi..

Kebetulan pula berjumpa dengan Mary Kay, pada tahun pertama saya hanya enjoy the profit dari Mary Kay dari segi jualan sehinggalah suatu hari saya di panggil oleh senior saya dan beliau meminta saya memberi peluang kepada diri sendiri untuk manage team saya.

Dengan berbekalkan tunjuk ajar dan ilmu yang di beri, saya akhirnya berjaya menjadi Sales Director dalam masa 6 bulan setelah saya DECIDE untuk menerima 'lamaran' senior kesayangan saya.

Walaupon ade susah dan senang sewaktu menghabiskan cabaran sebagai seorang Director in Qualification, namun ape yang saya hanya ingat ketika itu.. keazaman untuk menghabiskan cabaran dan menjadi Sales Director di Mary Kay adalah lebih besar dari segala macam halangan yang terpaksa di tempuhi.

Akhirnya saya berjaya menghabiskan beberapa cabaran sekaligus iaitu ; Red Jacket University, APRJR Hangzhou dan DIQ. May 2015 saya berjaya menjadi Sales Director dan selepas bulan Ramadhan di tahun yang sama saya berhenti kerja dan buat Mary Kay secara fulltime.

Alhamdulillah, Allah buka pintu rezeki... Tak sampai 3 tahun menjadi Sales Director, akhirnya saya berjaya melangsaikan hutang PTPTN, mendapat Pink Camry tajaan Mary Kay, Move Up sebagai Senior Sales Director dan yang paling bermakna bagi saya adalah berjaya membeli rumah idaman dengan pay slip Mary Kay Business.

Alhamdulillah.

Matlamat saya, adalah untuk membantu wanita yang betul2 ingin merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dari segi financial freedom, flexible time, sisterhood and fundamental growth.

Jika saya boleh, anda juga boleh. Pelbagai cerita dari SD lain yang boleh di guna pakai sebagai sumber inspirasi.

Tidak kira siapa kita sekarang tapi jika kita sedang berusaha merubah kehidupan ke arah yang lebih baik, pasti kejayaan milik kita. Amin.

SSD Aieda,
0172426004

No comments:

Post a Comment

Cerita Saya

Saya berasal dari keluarga yang susah tapi syukur kerana keluarga mementingkan education buat saya sebagai anak bungsu kerana adik beradik y...